Juara dunia angkat berat Latvia bersyahadah, mula berhijab
Alhamdulillah, bila Allah berkehendak, tiada apa yang dapet menahannya daripada berlaku. Juara sukan angkat berat dunia kategori wanita, Rebeka Koha mengumumkan sudah pun memeluk agama Islam dan mengenakan hijab serta pakaian menutup aurat.
“Hari ini adalah merupakan hari yang amat bermakna buat saya, kerana saya sudah pun memeluk Islam.” “Pada 3.48 tengahari, saya mengucapkan kalimah syahadah dan memeluk agama Islam. Dari sini saya percaya bahawa babak kehidupan baru dan indah buat saya akan bermula,” menurutnya di laman sosial Instagram beliau dua hari yang lalu.
Rebeka juga telah membuang semua gambarnya dari Instagram kecuali empat gambar yang berhijab, mungkin bagi mengelakkan gambarnya yang mendedahkan aurat pada masa belum memeluk Islam dilihat oleh orang ramai. Beliau juga meminta orang ramai untuk bekerjasama agar tidak lagi menayangkan gambar-gambar silamnya yang menunjukkan rambut atau bahagian lain tubuhnya.

“Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya serta berada di sisi saya tidak kira apa situasi sekalipun! Alhamdulillah, saya harapkan kebaikan bagi semua orang dan Tuhan memberkati kalian,” tambah beliau lagi.
Dilahirkan pada tahun 1998, Rebeka telah dua kali menjadi juara Kejohanan Junior Dunia dan juga dua kali menjadi juara Eropah dalam kategori 58 kg sehingga tahun 2018 dan 59 kg bermula pada tahun 2018 setelah Badan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa membuat rombakan pada beberapa kategori.
Semoga cahaya syahadah Islam berkembang mekar di bumi Eropah. Amin.
Kredit; http://www.klselangor.com/