Tunggu Dengan Penuh Sabar. Budak Tak Mampu Beli KFC, Teruja Bila Kali Pertama Datang Restoran
Menikmati Kentucky Fried Chicken (KFC) mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir insan. Namun tidak bagi seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Zahirah yang jarang dapat menjamah makanan segera itu akibat masalah kewangan.
Seorang sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Thirdforce iaitu Niksabiha berkongsi kisahnya ketika membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah restoran KFC buat kali pertama.
Lepas selesai urusan Adam di klinik, sempat singgah KFC kejap. Niat di hati nak belanja mereka berdua KFC. Mungkin sudah lama tidak menjamu KFC kerana kekangan kewangan. Abang Adam stay dekat kereta sebab kurang sihat. Jadi Adik Zahirah je yang turun sama.
“KFC ko ni kakak? Adik tak pernah mari KFC”
Sama juga seperti 7E, adik Zahirah tidak pernah menjejakkan kaki ke KFC.
Bila masuk ke dalam KFC, kami disapa oleh pekerja KFC
“eh, ni Zahirah ya. wah harini boleh tengok live la. Biasanya tengok dalam fb je. Comelnya dia”
Wah famous jugak adik Zahirah ni yee. Macam biasalah dia, tidak lokek dengan senyuman. Pekerja KFC tu cakap dia pun merupakan follower page Abang Raja dan 3rd Force.
“Kak nak beli” kata Zahirah.
Harini pengalaman pertama adik Zahirah di KFC. Beratur dan order sendiri. Berdiri pun sama tinggi dengan kaunter. Kecik sangat tuannya.
Jika nak dibandingkan dengan anak anak kita yang seusia mereka, pasti sudah bosan dengan KFC. Sudah terlalu biasa. Tapi tidak buat Adik Zahirah dan Adam. Kerana kekangan kawangan, makanan seperti KFC adalah luar biasa, bukan sesuatu yang boleh dapat selalu.
Mereka tidak pernah meminta. Cuma sekali sekala terasa nak bawa anak anak seperti mereka merasai nikmat yang kita semua rasa.
Doakan mereka, doakan kami semua ya.
Share / kongsikan post ini kerana sharing is caring.
Let us spread the kindness kerana disitu ada pahala untuk semua
Let us spread the kindness kerana disitu ada pahala untuk semua
Jom jadi orang baik baik.
Salam sayang,
Niksabiha
Sukarelawan TF Rantau Panjang.
Salam sayang,
Niksabiha
Sukarelawan TF Rantau Panjang.
Posting dikongsi Raja Shamri itu turut memuat naik beberapa keping gambar Zahirah yang dilihat teruja menunggu tempahan menu yang sedang disiapkan sebelum mengisi perutnya yang kelaparan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Raja Shamri