Malaysia banyak sangat parti politik punca keadaan tak stabil – Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan negara ini memiliki jumlah parti politik terlalu banyak sehingga menyebabkan keadaan tidak stabil.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana setiap parti bersaing sehingga menjadikan rakyat hilang haluan apabila tidak tahu mencari arah.
Jelas beliau, rakyat perlu bijak memilih parti yang terbaik dan memberi sumbangan kepada negara apabila diberi pilihan pada Pilihan Raya Umum (PRU).
“Saya dapati negara kita amat kaya dan punyai banyak peluang untuk maju diri. Tapi kadang-kadang terganggu kerana politik. Politik parti jadikan kita tidak stabil, masing-masing bersaing untuk parti sendiri.
“Banyak parti buat kita hilang haluan tidak tahu nak ke mana. Rakyat perlu cekap buat penilaian terhadap negara dan apa sumbangan kepada negara.
“Jika ada PRU contohnya kita pilih yang terbaik mungkin dan jangan sesekali dipengaruhi oleh sogokan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Live Session With Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung di Facebook Datuk Howard Chew – Chester Venture Berhad hari ini.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, keadaan di negara ini diburukkan lagi dengan isu perkauman apabila rakyat hanya memilih kaum mereka sahaja dan enggan menyokong kaum-kaum lain.
Jelas beliau, sekiranya Malaysia ingin maju dan bersatu, masalah dapat dikurangkan apabila rakyat bersikap toleransi antara sama lain.
“Kita minta yang tidak boleh beri, ini jadi masalah. Benda yang tidak ada minta juga walaupun tidak bagi, nak keras dan ikut ekstremis. Jangan ikut ekstremis. Ikut sederhana, Insya-Allah Malaysia akan jadi negara maju,” katanya. – MalaysiaGazette