Baru Peluk Islam, Pemuda Letak Kertas Atas Sejadah Untuk Belajar Solat
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT yang akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan sentiasa berusaha dalam kehidupan seharian untuk mencarinya.
Justeru sebagai manusia, kita perlu sentiasa bersyukur dan menghargai sebaik mungkin pemberian nikmat Allah selain terus belajar mendalami ilmu agama Islam.
Solat di sudut masjid
Baru-baru ini, sebuah posting tular di laman Twitter memaparkan seorang pemuda Amerika Syarikat sedang belajar menunaikan ibadah solat di dalam sebuah masjid.
Dua keping gambar pemuda berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu Abdel Rahman sehingga menjadi perhatian warganet.
Lebih mengharukan, pemuda tersebut meletakkan sekeping kertas di hadapan sejadah sebagai panduan serta rujukan dalam menunaikan rukun Islam kedua itu.
“Pemuda Amerika ini yang baru sahaja memeluk Islam sedang berusaha sebaik mungkin belajar menunaikan solat di satu sudut masjid menggunakan sehelai kertas. MashaAllah semoga Allah berikan ketabahan dalam Islam,” tulisnya.
Posting berkenaan menerima hampir 70,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 22,900 kali serta pelbagai komen diberikan oleh netizen.
Sementara itu, rata-rata warganet mengucapkan rasa syukur dan gembira atas petunjuk yang diterima serta penghijrahan pemuda berkenaan.
Semoga Allah terima ibadahnya
Semoga Allah berkati
Patut contohi keikhlasan dalam belajar agama
Malah, mereka turut mendoakan agar pemuda tersebut diberi kesihatan serta dipermudahkan segala urusan dalam mempelajari ilmu agama Islam pada hari mendatang.
Diharapkan pemuda itu kekal istiqamah dalam mempelajari selok-belok agama Islam serta dikelilingi rakan serta sahabat yang berkongsi pelbagai ilmu.
Sumber: Abdel Rahman