Ibu Sedih Lihat Anak Berumur 3 Tahun Naik Ambulans Seorang Diri Ke Pusat Kuarantin.


Tiada ibu yang sanggup berjauhan dengan anaknya. Kalau boleh, nak anak tu sentiasa berada di depan mata. Tak dapat dibayangkan perasaan seorang ibu bila terpaksa berjauhan dengan anak. Tambahan pula anak yang masih kecil dan belum mengerti apa2.

Begitulah dugaan yang terpaksa dilalui oleh wanita yang dikenali sebagai Fana ini. Video menyentuh hati yang diunggah di akaun TikToknya, @faanaaaaaaaaa ini mendapat huraian warga net apabila ditonton 776.4 ribu kali di TikTok.

Dalam video tersebut, dapat dilihat dia memimpin tangan anaknya yang berusia tiga tahun ke ambulans untuk dibawa ke pusat kuarantin. Video ini menjadi sebak apabila ibu ini terpaksa melepaskan anak yang masih kecil menaiki ambulans seorang diri tanpa pengawasannya mahupun suami.

Fana ketika dihubungi berkata, anaknya, Fayyadh, menunjukkan simptom demam tiga hari lalu dan mendapat keputusan positif COVID-19 pada hari yang sama. Fayyadh kemudian dibawa pihak Kementerian Kesihatan ke MAEPS Serdang untuk dikuarantin bersama suaminya yang juga positif.

“Hari pertama dia okay, tapi hari kedua dia dah ajak balik.

“Saya dengan dia tak pernah berpisah, sebab saya surirumah dan dia 24 jam dengan saya.

“Maybe dia dah start rindu saya,” kata Fana dalam nada sebak.

Fana yang juga positif dan sedang sarat mengandung 32 minggu kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan rapi dan mungkin akan dibersalinkan awal sekiranya mendatangkan risiko kepada bayi yang dikandung.

Dia juga meninggalkan pesan kepada warganet untuk mendoakan kesihatannya serta keluarganya agar mereka cepat sembuh dan dapat bersatu semula.

Video Player
00:00
00:16

Sumber: TikTok @faanaaaaaaaaa , SiakapKeli.my